Tuesday, November 4, 2008

KAKI LIMA ZON BARU LARANGAN MEROKOK

KAKI LIMA ZON BARU LARANGAN MEROKOK


Peraturan di pusat beli-belah, restoran kuat kuasa serta-merta
(sumber: Berita Harian 29/10/ 2008)

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya berkata, peraturan baru itu adalah antara peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan pada 15 September lalu bagi melindungi rakyat daripada bahaya rokok. "Kawasan larangan merokok di kompleks membeli-belah sudah ditakrif semula dengan merangkumi kawasan premis berkenaan termasuk kaki lima di sekeliling bangunan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini. Ketika ini, banyak restoran dan kafe termasuk daripada franchise terkemuka, beroperasi di hampir semua kaki lima kompleks membeli-belah seluruh negara dan menjadi tarikan pelanggan yang merokok.

Pengilang atau penjual yang melanggar peraturan baru itu boleh dihukum denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Liow juga berkata, peraturan harga minimum rokok RM6 bagi kotak 20 batang berdasarkan formula yang mengambil kira cukai semasa, akan dikuat kuasa menjelang akhir tahun ini dan harga minimum rokok itu akan disemak setiap kali berlaku perubahan cukai tembakau. Beliau berkata, peruncit yang menjual rokok kurang daripada harga minimum itu boleh didenda hingga RM10,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. "Sila ambil perhatian bahawa menjual rokok secara sebatang daripada kotak yang dibuka adalah dilarang dan satu kesalahan di bawah Sub-Peraturan 9(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------ Salam Mahabbah,
Kali pertama penulis baca berita ni, penulis tersenyum gembira dengan langkah kerajaan, sekurang-kurangnya rasa terselamat sikit dari asap rokok bagi mereka yang tidak merokok setiap kali keluar ke Bandar. Tiap-tiap kali keluar mesti jumpa perokok2 yang penuh semangat menghisap rokok. Tapi petang berita ni dikelurkan penulis pegi membeli barang di luar UMS. Tengok masih ramai perokok yang relax je hisap rokok. Assume diorang ni tak tau lagi kot tentang peraturan baru tu, lagi dahsyat sempat tengok srg remaja pompuan hisap rokok. Kesian tengok dia. Dahlah pompuan hisap rokok dengan bangganya macam lelaki. macam mn lah nasib dia..tah-tah anggota badan pun tak boleh nak terima asap yang masuk tu. macam mn anak yang nak dilahirkan nanti?
Kepada semua pembaca marilah sama-sama kita war-war kan peraturan baru ni. Sebenarnya ia satu langkah yang baik, selain daripada mengelakkan perokok-perokok ni terus merokok ia juga dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang merbahaya. n HOPEFULLY PIHAK YANG TERLIBAT TERUTAMA PIHAK BERKUASA TERUS MENJALANKAN TUGAS BAGI MEMSATIKAN UNDANG-UNDANG BARU INI DIPATUHI. n kita juga tak terkecuali menjalankan tanggungjawab ni. selalu ingatkan kawan-kawan or org yg kita nampak merokok tu supaya jangan merokok. ok!



JOM TENGOK ...

Mengikut satu statistik yang dikeluarkan oleh world bank record 1999;

  • sekurang-kurang 14000-15000 orang muda menjadi perokok di negara maju

    Bagi negara yang ekonomi sederhana dan rendah,
  • sekurang-kurangnya 68000-84000 orang muda yang menjadi perokok

    Statistik kematian perokok
  • Dunia
    1998 4 juta kematian
    2030 dijangka 10 juta kematian
  • Malaysia
  • 2000 3.6 juta perokok
  • 2025 dijangka 4.6 juta perokok

    PEROKOK MALAYSIA

    Seorang rakyat Semenanjung Malaysia puratanya membelanjakan sebanyak RM 1.50 sehari.(NI MASA HARGA ROKOK TAK NAIK LAGI..SEKARANg?
  • Jumlah perbelanjaan membeli rokok bagi Semenanjung Malaysia ialah RM4.6 juta sehari atau RM1.69 bilion setahun. Jumlah ini adalah hampir dengan perbelanjaan pertanian dan pembangunan luar bandar iaitu sebanyak RM1,693,000,000. Malah perbelanjaan untuk membeli rokok melebihi sebanyak RM4,000,000.
  • Kerajaan mengutip RM337.6 juta hasil duti import dan cukai eksais ke atas tembakau, rokok dan cerut
  • Hampir 7,500 orang mati setiap tahun akibat barah paru-paru; 90 peratus daripadanya perokok.
    (Sumber: Dewan Masyarakat, Julai 1990, hal. 11 )

    PENGHARAMAN ROKOK MENGIKUT ISLAM
    BAHAYA KEPADA KESIHATAN KELUARGA DAN MASYARAKAT
  • MEMBAZIR WANG

  • NAFAS BERBAU

FIRMAN ALLAH:
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan anda makan harta setengah kamu dengan jalan tidak betul (kebatilan), melainkan ada persetujuan di antara kamu, dan jangan membunuh diri anda, sesungguhnya Allah Maha Penyayang”(Surah An-Nisa:195)

“ Dan belanjalah pada jalan Allah, dan janganlah anda mencampakkan diri ke jalan kebinasaan, dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah sangat suka mereka yang melakukan kebaikan” (Surah Al-Baqarah:195).

2 comments:

Muslimin Agung said...

Tengok ejaan tajuk artikel tu. Kesalahan besar. Sebagai Setiausaha Agung, benda-benda macam ni perlu diberi perhatian. Betulkan segera. Bukan "kali lima" tapi "kaki lima". Selamat berkerja untuk ISLAM

alia said...

salam mahabbah..
time kasih atas pemberitahuan.