Wednesday, November 12, 2008

Konsep lakonan dalam Islam - Rasulullah s.a.w. pelakon terbaik yang mendapat anugerah

Salam mahabbah :-)
Awal Ogos lalu, para artis di Malaysia telah diraikan dalam satu majlis yang dikenali sebagai Festival Filem Malaysia (FFM-21) yang telah diadakan di Auditorium Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan baru-baru ini iaitu pada Jumaat 7 November 2008 berlangsung penyampaian anugerah Skrin 2008 serta banyak anugerah lagi yang telahpun dianjurkan sebelum itu, tetapi yang istimewa anugerah Skrin kali ini berlangsung selepas umat Islam berpuasa sebulan Ramadan dan pada bulan haji yang mulai

Ia dianjurkan kerana mahu memartabatkan golongan artis berkenaan yang berjasa dalam bidang seni tanahair khususnya dalam perfileman, iaitu untuk mengangkat kedudukan siapa di kalangan mereka dinobatkan sebagai artis lelaki dan wanita terbaik

Bermacam-macam filem dipertandingkan tanpa merujuk kepada yang lebih arif tentang selok-belok agama Islam yang menjadi pegangan kebanyakan golongan artis, apabila ia tidak dirujuk, maka terdapat filem-filem yang disifatkan oleh agama sebagai yang bercanggah sama sekali dengan nilai-nilai Islam, ia bukan sahaja tidak menepati piawaian agama, malah menimbulkan sensitiviti dan seolah-olah mencabar kewibawaan ulama.

Antara filem yang dipertandingkan termasuk, Anak halal, Akhirat, Kala Malam Bulan Mengambang (iaitu filem terbaik yang menggondol beberapa hadiah utama) dan lain-lain
Sebenarnya Islam tidak melarang persembahan seni, tetapi ia perlu diselarikan dengan nilai-nilai agama, ini bermakna tidak ada unsur-unsur tidak sihat seperti berpegangan tangan antara para artis lelaki dan perempuan, tiada tidur sekatil kerana yang berlakon bukanlah suami-isteri yang sah dan banyak lagi yang perlu dipelihara dengan cermat.

Kalau diperhatikan filem-filem yang dipertandingkan itu, kebanyakannya melanggar hukum-hukum agama, malah boleh menjejaskan akidah seseorang kerana melibatkan pegangan dan kepercayaan seperti dalam filem Akhirat, namun kesempatan ini bukanlah forum untuk membincang secara terperinci mengenai penganjuran FFM-21 antara boleh dan tidak boleh.

Tetapi ia lebih kepada untuk melakukan muhasabah diri pada diri penulis dan golongan artis, apabila dikatakan Islam membolehkan lakonan dilakukan, sebenarnya ia telah dibuktikan oleh Gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir pada tahun 60-an, di mana mereka mementaskan teater filem bertajuk ?Panglima Salahuddin Aiyubi? yang dilakonkan kesemuanya di kalangan artis-artis lelaki.

Teater berkenaan mendapat sambutan di luar jangkaan umum yang pada awalnya dipandang sinis oleh sesetengah penggiat seni, tetapi apabila ia berjaya dilakonkan dengan baik, ia diberi pengiktirafan yang sewajarnya erana membawa mesej jelas mengenai kedatangan Islam sebagai agama penyelamat manusia sejagat, Islam bukanlah untuk bangsa Arab semata-mata, malah buat semua bangsa manusia yang menetap di bumi ini, justeru Salahuddin berjaya memecah tembok perkauman dan mengajak bangsa Arab bangkit untuk berjihad.
Pelakon lelaki dan wanita terbaik pada hari akhirat

Terdapat sesetengah para cendikiawan menegaskan, bahawa seseorang muslim itu tidak perlu berlakon dalam sesebuah filem, teater, drama dan sebagainya, kerana dalam lakonan ia sering dikaitkan dengan penghafalan skrip-skrip yang memakan masa tempoh yang lama.

Sedangkan orang-orang Islam khususnya telah pun ada di hadapan mereka skrip-skrip yang termaktub dalam al-Quran sejak dari dulu lagi dan hadis-hadis baginda yang sepatutnya dihafal dengan baik, Pengarahnya adalh Allah dan penolong-Nya adalah baginda Rasulullah s.a.w., juru kameranya pula adalah para Malaikat yang akan merakam segala tindakan baik dan jahat seseorang.

Sudah pasti yang berjaya menghafal skrip berkenaan adalah baginda Rasulullah s.a.w. dengan memegang watak utama dalam lakonan kehidupan ini, baginda merupakan pelakon lelaki terbaik dunia dan akhirat, para sahabat adalah pelakon-pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik yang akan mendapat anugerah lakonan terbaik daripada Pengarah lakonan, iaitu Allah SWT.

Padang Mahsyar adalah tempat berlangsungnya pemberian anugerah masing-masing kepada para plekon yang berjaya menghafal skrip yang dirakam oleh para Malaikat yang bertindak sebagai juru kamera professional yang diiktiraf Allah SWT.
Kenapa mesti berlakon?

Apabila dinilai semula lakonan-lakonan yang terdapat dalam filem ?Akhirat?, sebenarnya tidak ada kena mengena dengan persoalan akhirat yang menghimpunkan seluruh manusia untuk diperhitungkan segala amalan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu, kerana filem berkenaan banyak menampilkan adegan yang sesuai dengan tajuknya, apatah lagi para pelakonnya yang berpelukan, berpegangan, mendedahkan aurat yang menggambarkan tidak takut kepada hari akhirat.

Sedangkan dalam realiti hidup para artis sendiri, kebanyakan mereka walaupun terdapat segelintir yang boleh membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik, namun peratusannya terlalu sedikit, apa yang dapat disaksikan pada hari ini, mereka yang tidak boleh baca al-Quran atau pun menghafal ayat-ayat penting di dalamnya amat mengecewakan banyak pihak, malah mereka inilah yang sering dipaparkan dalam media sebagai role model kepada remaja masa kini.
Tidak menjadi kesalahan, jika industri filem tempatan membuat satu kelainan dengan menampilkan filem-filem berbentuk nasihat, motivasi diasingkan para pelakon lelaki dan wanita bagi menumpukan mesej yang hendak disampaikan kepada umum untuk dijadikan iktibar dan bahan renungan, kerana industri filem tanahair telah pun banyak menerbitkan filem-filem bercorak hiburan melampau, humor yang tidak memberi input positif kepada penonton. -

Wednesday, November 5, 2008

Renungan buat semua...

KENAPA AKU DIUJI ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3......

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST ?"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 200"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN LAGI !!!
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."-Surah Yusuf ayat 12

SABAR itu sebahagian drpd iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..

Tuesday, November 4, 2008

KAKI LIMA ZON BARU LARANGAN MEROKOK

KAKI LIMA ZON BARU LARANGAN MEROKOK


Peraturan di pusat beli-belah, restoran kuat kuasa serta-merta
(sumber: Berita Harian 29/10/ 2008)

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya berkata, peraturan baru itu adalah antara peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan pada 15 September lalu bagi melindungi rakyat daripada bahaya rokok. "Kawasan larangan merokok di kompleks membeli-belah sudah ditakrif semula dengan merangkumi kawasan premis berkenaan termasuk kaki lima di sekeliling bangunan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini. Ketika ini, banyak restoran dan kafe termasuk daripada franchise terkemuka, beroperasi di hampir semua kaki lima kompleks membeli-belah seluruh negara dan menjadi tarikan pelanggan yang merokok.

Pengilang atau penjual yang melanggar peraturan baru itu boleh dihukum denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Liow juga berkata, peraturan harga minimum rokok RM6 bagi kotak 20 batang berdasarkan formula yang mengambil kira cukai semasa, akan dikuat kuasa menjelang akhir tahun ini dan harga minimum rokok itu akan disemak setiap kali berlaku perubahan cukai tembakau. Beliau berkata, peruncit yang menjual rokok kurang daripada harga minimum itu boleh didenda hingga RM10,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. "Sila ambil perhatian bahawa menjual rokok secara sebatang daripada kotak yang dibuka adalah dilarang dan satu kesalahan di bawah Sub-Peraturan 9(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------ Salam Mahabbah,
Kali pertama penulis baca berita ni, penulis tersenyum gembira dengan langkah kerajaan, sekurang-kurangnya rasa terselamat sikit dari asap rokok bagi mereka yang tidak merokok setiap kali keluar ke Bandar. Tiap-tiap kali keluar mesti jumpa perokok2 yang penuh semangat menghisap rokok. Tapi petang berita ni dikelurkan penulis pegi membeli barang di luar UMS. Tengok masih ramai perokok yang relax je hisap rokok. Assume diorang ni tak tau lagi kot tentang peraturan baru tu, lagi dahsyat sempat tengok srg remaja pompuan hisap rokok. Kesian tengok dia. Dahlah pompuan hisap rokok dengan bangganya macam lelaki. macam mn lah nasib dia..tah-tah anggota badan pun tak boleh nak terima asap yang masuk tu. macam mn anak yang nak dilahirkan nanti?
Kepada semua pembaca marilah sama-sama kita war-war kan peraturan baru ni. Sebenarnya ia satu langkah yang baik, selain daripada mengelakkan perokok-perokok ni terus merokok ia juga dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang merbahaya. n HOPEFULLY PIHAK YANG TERLIBAT TERUTAMA PIHAK BERKUASA TERUS MENJALANKAN TUGAS BAGI MEMSATIKAN UNDANG-UNDANG BARU INI DIPATUHI. n kita juga tak terkecuali menjalankan tanggungjawab ni. selalu ingatkan kawan-kawan or org yg kita nampak merokok tu supaya jangan merokok. ok!



JOM TENGOK ...

Mengikut satu statistik yang dikeluarkan oleh world bank record 1999;

  • sekurang-kurang 14000-15000 orang muda menjadi perokok di negara maju

    Bagi negara yang ekonomi sederhana dan rendah,
  • sekurang-kurangnya 68000-84000 orang muda yang menjadi perokok

    Statistik kematian perokok
  • Dunia
    1998 4 juta kematian
    2030 dijangka 10 juta kematian
  • Malaysia
  • 2000 3.6 juta perokok
  • 2025 dijangka 4.6 juta perokok

    PEROKOK MALAYSIA

    Seorang rakyat Semenanjung Malaysia puratanya membelanjakan sebanyak RM 1.50 sehari.(NI MASA HARGA ROKOK TAK NAIK LAGI..SEKARANg?
  • Jumlah perbelanjaan membeli rokok bagi Semenanjung Malaysia ialah RM4.6 juta sehari atau RM1.69 bilion setahun. Jumlah ini adalah hampir dengan perbelanjaan pertanian dan pembangunan luar bandar iaitu sebanyak RM1,693,000,000. Malah perbelanjaan untuk membeli rokok melebihi sebanyak RM4,000,000.
  • Kerajaan mengutip RM337.6 juta hasil duti import dan cukai eksais ke atas tembakau, rokok dan cerut
  • Hampir 7,500 orang mati setiap tahun akibat barah paru-paru; 90 peratus daripadanya perokok.
    (Sumber: Dewan Masyarakat, Julai 1990, hal. 11 )

    PENGHARAMAN ROKOK MENGIKUT ISLAM
    BAHAYA KEPADA KESIHATAN KELUARGA DAN MASYARAKAT
  • MEMBAZIR WANG

  • NAFAS BERBAU

FIRMAN ALLAH:
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan anda makan harta setengah kamu dengan jalan tidak betul (kebatilan), melainkan ada persetujuan di antara kamu, dan jangan membunuh diri anda, sesungguhnya Allah Maha Penyayang”(Surah An-Nisa:195)

“ Dan belanjalah pada jalan Allah, dan janganlah anda mencampakkan diri ke jalan kebinasaan, dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah sangat suka mereka yang melakukan kebaikan” (Surah Al-Baqarah:195).

Sunday, November 2, 2008

MERAYAKAN PERAYAAN PELBAGAI KAUM




MERAYAKAN PERAYAAN PELBAGAI KAUM (dipetik dr http://al-ahkam.net/

Isu ini amat sulit kerana ia bercampur dua strategi yg tidak jelas. Pertama: dasar perpaduan kebangsaan yg dianjurkan oleh Pemerintah kearah membina suatu bangsa Malaysia yang mengadunkan agama dan budaya semua kaum dan saling toleransi. Kedua: agenda Jaringan Islam Liberal (JIL) yg menyelinap masuk dalam agenda Perpaduan Nasional lalu mempromosi manhaj " semua agama saja" Many religions , One God...

Dasar Islam ialah kita berbuat baik dengan non-muslim yg juga berbuat baik kepada kita terutama yg berkongsi taraf kewarganegaraan yg sama spt Malaysia. Dalil Al-Quran 60:08 (Allah tidak melarang kamu utk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang2 yg tidak memerangi kamu kerana agama)

Dasar toleransi Islam amat jelas, bahawa kita mengiktiraf keengganan mereka untuk menolak Islam dan kekal dgn agama pilihan mereka setelah datang kepada mereka dakwah yang terang, Dalilnya: 2:256 (Tiada paksaan utk memasuki Islam). Dalam Al-Quran 5:3 (Pada hari ini Aku telah sempurnakan utk kamu agamamu)Dasar Islam dalam sambutan upacara perayaan juga jelas. RasuluLlah SAW menyatakan dalam sahih Muslim dari Aisyah, " Tiap-tiap kaum mempunyai hari raya mereka dan hari ini adalah hari raya kita.

"Hari Raya adalah terlalu personal kepada umat itu kerana ia berkait dengan agama dan silsilah umat itu, jika umat lain tumpang sekali utk merayakan, ia tidak membawa apa-apa erti. Maka dasar terbaik Islam ialah, membiarkan setiap umat dan agama merayakan perayaan/Ied mereka secara eksklusif.Itulah dasar Islam, amat jelas dan tidak membawa apa-apa kesan kepada perpaduan nasional. Cuma kita bimbang dgn anasir JIL yang memasukkan jarum mereka dalam agenda perpaduan.

Mari kita lihat soalan anda satu persatu:

1) Menjadi AJK Festival Tanglung dan makan kuih Bulan. Mooncake festival yang disambut oleh kaum China, Taiwan dan Korea adalah upacara yg bersifat tradisional kerana ia bersangkutan dgn folklore atau cerita rakyat masyarakat China. Jadi Muslim sepatutnya tidak menjadi AJK sambutannya kerana ia tidak ada kena mengena dgn kaum lain.

2) Upacara Deepavali atau Diwali adalah upacara sambutan keagamaan kaum Hindu dan Sikh. Ia merayakan kejayaan Tuhan Rama ke atas Ravana atau Tuhan Krishna ke atas Natakasura. apabila ia jelas upacara keagamaan, maka umat Islam tidak sepatutnya berganding bahu merayakan kemenangan itu. Toleransi Islam tidak sampai ke tahap ini. Kita benarkan mereka bersuka ria tapi kita tidak perlu pun bersama-sama menjadi agen pendorong.


3) Sambutan KongsiRaya ni agak sensitif kerana ia juga dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Tapi Majlis Ulama Indonesia yg dipengerusikan oleh Bung Hamka pada tahun 80'an telah mengeluarkan fatwa haram berkongsi raya. Majlis Fatwa KSA pun menetapkan perkongsian sambutan Raya ini adalah tidak dibolehkan.

Paradigma yg benar ialah dasar toleransi Islam ialah Islam membenarkan mana-mana kaum dan agama merayakan festival mereka dengan bebas, sebgmn kita juga bebas merayakan Ied kita. Islam tidak menyuruh kita sampai ke tahap menjadi AJK sambutan festival agama lain utk menjelaskan dasar dan semangat toleransi kita. Ini adalah deklarasi surah al-Kafirun yg jelas...Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami. maksudnya untukmu festival kamu, bagi kami festival kami. Kita tak mengharapkan mereka menjadi ajk sambutan Ied kita dan kita pun tak perlu menjadi ajk sambutan Ied mereka.




sekiansumber: http://al-ahkam.net/